Friday, 19 August 2011

Senang Kah Jadi Perempuan? Barangkali lah.

Jadi lelaki memang susah.

I know, you guys provide security, food, money, warmth and love for us.

Ada lelaki ni, sanggup buat apa saja untuk isteri atau girlfriend yang tercinta.

Ada yang sanggup kerja keras - jadi buruh kasar.
Ada yang sanggup menahan lapar - supaya bini cukup makan.
Ada juga yang sanggup buang ego jauh2 jadi pak turut bini. Bukan takut bini, sayang bini.

Ada kawan pernah komplen, best jadi perempuan. Senang pulak cari kerja. Expectation dari ahli keluarga pun tidak tinggi. Macam bapa aku, harap aku jadi doktor, lawyer, akauntan, polis, bomba, cikgu, kerja gomen, dll. Tapi last2, tidak satu pun aku jadi. Aku jadi diri aku. Aku jadi penyumbang kepada ekonomi negara yang biasa, macam orang lain. Tapi bapa aku tidak happy. Selalu cakap aku did not do what he expected. Tidak macam adik perempuan aku. Bapa aku mahu dia jadi nurse, cikgu, kerja gomen, lawyer, paling tidak pun belajar tinggi2 sampai dapat Bachelor D. Tapi adik perempuan aku jadi suri rumah pulak. Bapa aku ok saja. tidak marah atau kecewa. Dia happy lagi sebab adik aku kawin.

Well for you guys who thinks like what my friend thinks. THINK AGAIN.

Sebenarnya, jadi lelaki atau jadi perempuan, dua2 pun susah, dua2 pun senang.

Hear me out kenapa jadi perempuan ni susah.

Kami perempuan ni sensitif. VERY THE SENSITIP
- Kena tanya umur, cannot.
- Kena tegur weight gain, tapi tetap cantik. cannot.
- Kena banding dengan ppuan lain, super cannot.
- Kena cakap gambar cantik. cannot.
- Kena cakap gambar kita tidak sama dengan muka kita sebenar, cannot.
- Kena cakap kita tak lady enough, cannot.
- kena cakap sensitip sangat. lagilah cannot!

Some of us takut lelaki. I mean lelaki yang tidak berniat baik, yang tidak sayang kami, lelaki yang player, lelaki yang tidak sensitif dengan kemahuan kami, etc. Tapi kami masih perlukan lelaki dalam hidup kami.

Tidak dilupakan dengan expectation masyarakat tentang peranan & tanggungjawab perempuan.
- wanita berkerjaya
- ibu mithali
- suri rumah penyeri keluarga
- perempuan yang pandai masak
- isteri yang pandai melayan suami
- isteri yang menyokong suami, dll.

macam mana pula kalau beranak? wahai lelaki2 sekalian, senang kah mahu beranak tu?
saya belum berkahwin dan belum beranak. Jadi saya tidak tahu. tapi kita hidup di dunia serba moden ni, ada internet, ada metacafe, ada youtube. So, saya sebagai perempuan pun, mahu juga tahu dan google experience orang masa beranak. ngeri~

saya tahu, many would say: alah, beranak tu sudah tanggungjawab perempuan.
But hey, it's easier to said than done.

Although many of my friends & family member said that being a mom is their proudest moment as a woman.
But I also ask, is it hard?
They wouldn't dare to deny it. But looking at their child, I know why they feel proud.

In our current society, bukan senang mahu dapat anak. Lebih2 lagi mahu jaga anak.
Which is one of the hardest test that a woman will get.
If you cannot produce an "heir" for your husband, you'll get label.
Tapi bila ada anak, keluar pula perempuan. orang cakap, lain kali mau lelaki.
Then, bila nanti perempuan juga yang keluar, orang cakap: alahai, tiadalah penurun nama kita ni.

Sounds like kuno? Well believe it or not, there are some people like that in our society.

Kalau anak sudah besar, and buat hal di luar. Siapa yang kena sebut dulu?
"hah, mak bapak dia tidak pandai jaga."
perkataan mak dulu yang akan keluar dari mulut orang.

Perempuan tidak boleh dipisahkan dengan mekap, kasut, beg, dan accessory.
Tapi bila perempuan beli semua benda ni kena cakap lagi
- boros
- terlalu berlawa
- high maintenance
- macam muka hantu, tebal sangat bedak.
- sekarang ada mekap cantik, nanti dia cuci, macam hantu muka dia.
- cantik lah konon,
- macam datin pula, dll.

tapi kalau perempuan yang tidak beli semua benda tu, kena cakap pula
- tidak tau bergaya
- tidak pandai mekap.
- duit dia kerja semua pergi mana.
- hah tu lah sebab laki dia lari, muka pucat macam mayat
- dll

Bagi saya, tidak salah kalau bermekap, dan tidak salah kalau tidak bermekap. Tapi mulut orang ni, susah mahu ditutup. Nak ignore? bukan senang beb.

Kepada sang kumbang yang cakap, lelaki susah mahu cari kerja. Perempuan pun bukan senang mahu cari kerja. Walaupun dikedai banyak lekat poster VACANCY - Salesgirl ONLY. Kamu ingat senang kerja tu? Senang is senang, tapi ingat senang mahu elak dari customer yang suka mengayat, customer yang gatal, bos lelaki yang sundal, bos perempuan yang sentiasa ingatkan pekerja ppuan dia ni ada scandal dengan laki dia? Jadi secretary? Bos gatal, susah. Bos yang hangin2, susah. Macam2 dugaan kalau perempuan yang bekerja ni.

Last but not least, INDEPENDENT WOMEN.
Penyanyi Neyo ada nyanyi satu lagu dengan tajuk ni.
Even dalam society kita hari ni, lelaki suka dengan wanita yang bekerjaya.
Ada juga yg kawin dengan perempuan yang gaji bulanan lebih besar dari dorang.
May be it's love, I hope it is.
Tapi, macam mana dengan wanita bekerjaya yang SINGLE?
Please don't be offended with this ladies, tapi kita semua tahu, masyarakat akan label wanita bekerjaya yang single start umuran 30s. Label as what? Andartu. But think again, apa salahnya kalau jadi andartu? I don't see the problem pun. Wanita bekerjaya ni pun, ada stereotype tau. Kena cakap, nanti kalau kawin, confirm jadi queen control. Ehem! Actually, I know some women yang jadi suri rumah pun queen control. Kenapa dorang queen control, saya tidak tahu dan tidak mahu tahu. Private matters dorang bah.
Wanita bekerjaya pun susah mahu hidup tau. Why? Because wanita bekerjaya ni biasanya eager to prove that they are not weak. Stress level tu tinggi betul! Lebih2 lagi bagi dorang2 yang sudah kahwin tu. Juggling themselves antara kerjaya dan keluarga. Some are fortunate enough to have husband yang very kind, memahami and bertoleransi.
Wanita bekerjaya ni pun boleh kena tuduh sebab punca penceraian keluarga dia sendiri. Kononnya, terlalu sibuk sampai anak & laki tidak terlayan?
Of course masih ada yang berfikiran, perempuan patut duduk diam2 di rumah. jaga anak. bukan keluar rumah pergi kerja.
Alahai, alahai.. Macam yang saya cakap, mulut orang susah mau ditutup.

Banyak lagi faktor2 kenapa jadi perempuan ni susah. But of course most of it actually sebab stereotype dan pandangan masyarakat.

I am happy and proud to be a woman.
Kenapa?
- Sebab I'm not a teenage girl who used to worry for these stuff.

If I speak of my mind, I'm a bitch.
If I get every guy I want, I'm a slut.
If I get bored easily, I'm a heart breaker.
If I'm confident, I'm cocky.

We cannot run from being labeled. Instead, embrace it. So what, sakit lagi mama saya cubit saya daripada kena label.

With Love.

No comments:

Post a Comment